HWANG In-Cheol
HWANG In-Cheol
AFP

PAJU (SOUTH KOREA): Anak kepada mangsa rampasan kapal terbang dan penyokongnya, menuntut Korea Utara agar kembalikan bapanya, lima dekad selepas Pyongyang mengalihkan pesawat yang membawa 50 orang Korea Selatan.

Hwang Won berada dalam penerbangan domestik Korea Air dari Gangneung ke lapangan terbang Gimpo, Seoul pada 11 Disember 1969. Pesawat itu dirampas pengintip Korea Utara selepas 10 minit berlepas dan mendarat di Pyongyang.

Dua bulan kemudian, seramai 39 penumpang dibebaskan tetapi Korea Utara tidak membebaskan 11 orang termasuk Hwang, yang anaknya berusia dua tahun ketika rampasan itu, terus berjuang untuk pembebasannya.

Penumpang lain yang dibebaskan berkata Hwang Won diseret selepas menolak usaha indoktrinasi dan mempersoalkan ideologi Korea Utara.

Hwang In-cheol yang kini berusia 50-an menyertai puluhan penyokong di Imjingak, di selatan Zon Bebas Tentera (DMZ) yang membahagikan dua Korea bagi memperingati ulang tahun ke-50 rampasan berkenaan.

“Pemimpin dunia tidak berbuat apa-apa hal ini sehingga kami berhenti bercakap.

“Korea Utara negara terburuk di dunia dan akan kekal begitu sehingga manusia memaksa ia berubah,” kata Hwang dalam petisyen yang menyeru pembebasan bapanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 9:32 PM