CASTRO  menembak mangsa dari jarak dekat. FOTO Agensi
CASTRO menembak mangsa dari jarak dekat. FOTO Agensi
Agensi

RIO DE JANEIRO: Seorang wanita yang juga gelandangan maut ditembak seorang lelaki selepas dia meminta wang daripada suspek untuk membeli roti kerana kelaparan.

Mail Online melaporkan, kejadian yang menyebabkan Zilda Henrique dos Santos Leandro, 31, ditembak dari jarak dekat oleh lelaki berkenaan turut dirakam kamera keselamatan.

Dalam rakaman itu yang tular di Internet, menunjukkan Zilda berjalan di sebatang jalan di bandar ini pada Sabtu lalu dan menegur seorang lelaki.

Lelaki itu, Aderbal Ramos de Castro pada mulanya tidak menghiraukan Zilda dan terus berjalan sebelum wanita itu mengejarnya.

Mereka kemudiannya dilihat seperti bertengkar dan ketika Zilda mahu beredar Castro mengeluarkan pistol lalu menembak wanita itu dari jarak dekat.

Castro melarikan diri apabila orang awam datang untuk membantu Zilda yang disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Polis yang menjalankan siasatan berjaya mengesan dan menangkap Castro yang memiliki sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian.

Peguam Castro memberitahu portal berita G1, anak guamnya menyangka wanita itu mahu merompaknya dan dia bertindak untuk melindungi dirinya.

Jurucakap polis memberitahu, kes itu masih dalam siasatan dan Castro berdepan hukuman bunuh sekiranya didapati bersalah menembak mangsa.

GAMBAR  menunjukkan Zilda menghampiri Castro untuk meminta wang bagi membeli roti. FOTO Agensi
GAMBAR menunjukkan Zilda menghampiri Castro untuk meminta wang bagi membeli roti. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 12:05 PM