ANGGOTA keselamatan ketika mengawal keadaan di bandar Hong Kong. FOTO/AFP
ANGGOTA keselamatan ketika mengawal keadaan di bandar Hong Kong. FOTO/AFP
AFP

HONG KONG: Seorang lelaki mengamuk bersenjatakan pisau di Hong Kong, hari ini, sehingga menyebabkan Sekurang-kurangnya enam cedera selepas seorang lelaki mengamuk bersenjatakan pisau di Hong Kong, hari ini, termasuk seorang ahli politik pro demokrasi tempatan yang digigit telinganya.

Serangan itu berlaku di luar sebuah pusat membeli belah di Tai Koo Shing, kawasam kejiranan kelas pertengahan di pulau utama, di mana penunjuk perasaan berkumpul sepanjang tengah hari tadi.

Berita RTHK melaporkan, penyerang itu adalah seorang lelaki berbahasa Mandarin menyerang orang ramai selepas tidak berpuas hati dengan beberapa mangsa berkaitan politik sebelum dia mengeluarkan pisau.

Rakaman langsung menunjukkan ahli majlis pro demokrasi, Andrew Chew digigit di telinga, ketika cuba menahan penyerang, sementara lelaki kedua pengsan dalam keadaan berlumuran darah.

Menurut polis, sejumlah enam orang cedera iaitu empat lelaki dan dua wanita serta tiga individu ditahan tanpa memperincikan sama ada penyerang di kalangan mereka yang cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 12:38 AM