ANGGOTA polis cuba menahan aktivis yang hadir dalam perhimpunan solidariti untuk etnik minoriti Uighur di China. FOTO AFP
ANGGOTA polis cuba menahan aktivis yang hadir dalam perhimpunan solidariti untuk etnik minoriti Uighur di China. FOTO AFP
AFP

HONG KONG: Polis Hong Kong menggunakan kekerasan menyuraikan perhimpunan solidariti untuk etnik Uighur oleh aktivis pro-demokrasi dengan seorang anggota polis mengacukan pistolnya, hari ini.

Perhimpunan aman itu bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan peserta menurunkan bendera China dari bangunan kerajaan dan cuba membakarnya namun sempat dihalang penganjur.

Polis kemudian masuk campur dengan menyembur cairan lada mencetuskan kemarahan orang ramai yang melempar botol minuman. Seorang anggota polis mengeluarkan pistol dan mengacunya ke arah orang ramai.

AKTIVIS berhimpun sebagai tanda sokongan terhadap etnik Uighur. FOTO AFP
AKTIVIS berhimpun sebagai tanda sokongan terhadap etnik Uighur. FOTO AFP

Penunjuk perasaan pro demokrasi Hong Kong berhimpun untuk etnik Uighur China, hari ini dalam perhimpunan menyokong etnik minoriti Islam yang ditindas di Xinjiang itu dijangka meningkatkan kemarahan Beijing terhadap aktivis pro-demokrasi Honbg Kong.

Laungan dan bendera pro Uighur sering dilihat dalam perarakan di Hong Kong, namun perhimpunan hari ini adalah yang pertama dikhaskan untuk Uighur.

“Kita tidak patut melupakan mereka yang mempunyai matlamat sama dengan kita, perjuangan kebebasan kita dan demokrasi serta kemarahan terhadap Parti Komunis China,” kata seorang yang berucap disambut sorakan orang ramai.

AKTIVIS memegang sepanduk dan mengenakan topeng sepanjang perhimpunan solidariti di Hong Kong. FOTO AFP
AKTIVIS memegang sepanduk dan mengenakan topeng sepanjang perhimpunan solidariti di Hong Kong. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Disember 2019 @ 9:33 PM