SUSPEk yang ditahan di MTR, Hong Kong. FOTO: Reuters
SUSPEk yang ditahan di MTR, Hong Kong. FOTO: Reuters
Reuters

HONG KONG: Tren ke lapangan terbang antarabangsa Hong Kong digantung hari ini ketika penunjuk perasaan pro demokrasi mengancam untuk mengganggu pengangkutan ke lapangan terbang itu, kata pengendali Mass Transit Railway (MTR).

Notis yang dikeluarkan di stesen MTR menyebut syarikat itu menggantung pengangkutannya dengan berkata: “Seperti yang diminta oleh Kerajaan Hong Kong dan Pihak Berkuasa Lapangan Terbang untuk memudahkan pengaturan kawalan akses di lapangan terbang.”

Penunjuk perasaan merancang untuk menghalang laluan perjalanan ke lapangan terbang hari ini selepas pertempuran semalam antara polis dan perusuh bertopeng.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 4:02 PM