FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Reuters

MEXICO CITY: Seorang wartawan Mexico ditemui mati akibat luka tikaman semalam, kata pihak berkuasa.

Kejadian terbaharu itu menambah senarai wartawan yang terkorban di salah sebuah negara paling berbahaya di dunia.

Pendakwa raya Mexico berkata, siasatan dibuat untuk mencari punca kematian Nevith N., 42, selepas mayatnya ditemui di Tejupilco kira-kira 122 kilometer dari Mexico City.

Kumpulan penyokong Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenali mangsa sebagai Nevith Condes Jaramillo, yang mengendalikan laman berita tempatan El Observatorio del Sur di tengah Mexico.

Condes pernah menerbitkan artikel yang mencetuskan ketegangan dengan kerajaan tempatan dan menerima ancaman pada November dan Jun lalu, kata jurucakap RSF, yang memetik maklumat diperoleh daripada rakan wartawan Condes.

Jika terbukti sebagai kes pembunuhan, kematian Condes termasuk dalam jumlah wartawan Mexico yang dibunuh tahun ini kepada sekurang-kurangnya 10 orang berbanding sembilan tahun lepas, menurut kumpulan sokongan bebas bersuara Artikel 19.

Awal bulan ini, tiga wartawan dibunuh dalam seminggu, termasuk seorang yang menerima ancaman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 1:22 PM