GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Reuters

TUNIS: Jumlah mangsa maut selepas sebuah bot membawa pendatang karam di pesisir laut Tunisia minggu lalu meningkat kepada 82 orang.

Bot yang dipercayai membawa seramai 86 penumpang itu karam ketika dalam perjalanan dari Eropah ke Libya.

Nelayan Tunisia menyelamatkan empat mangsa, namun seorang daripadanya meninggal dunia di hospital, kata Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) minggu lalu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Tunisia dalam satu kenyataan semalam berkata, semua 82 mayat mangsa berjaya ditemui selepas seminggu melakukan operasi.

Pada Mei lalu, seramai 65 pendatang yang menuju ke Eropah dari Libya lemas selepas bot dinaiki karam di Tunisia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 10:40 AM