Polis berkawal di Sekolah Antarabangsa Ryan, New Dehli, pada hari pembunuhan murid tujuh tahun. Gambar kanan, konduktor bas yang mengaku membunuh mangsa. - Foto India Times
Polis berkawal di Sekolah Antarabangsa Ryan, New Dehli, pada hari pembunuhan murid tujuh tahun. Gambar kanan, konduktor bas yang mengaku membunuh mangsa. - Foto India Times
AFP

SEORANG remaja 16 tahun ditahan hari ini, kerana membunuh murid tujuh tahun di sekolahnya di New Dehli, India dengan harapan pembunuhan itu akan menyebabkan peperiksaan ditunda.

Pelajar sebuah sekolah persendirian itu mengaku membunuh mangsa dengan mengelar lehernya pada September lalu.

Polis sebelum ini, menahan seorang konduktor bas yang mengaku membunuh mangsa ketika melakukan serangan seksual.

Namun, menurut jurucakap Biro Siasatan Persekutuan, R K Gaur, pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan remaja yang lemah dalam pelajaran itu melakukan pembunuhan berkenaan bagi menyebabkan peperiksaan dan mesyuarat PIG ditangguhkan.

“Ketika soal siasat, dia mengaku mahu menyebabkan sekolah ditutup agar peperiksaan dan mesyuarat itu ditunda,” katanya.

Remaja itu dihantar ke pusat tahanan juvana sehingga dibicarakan manakala konduktor bas terbabit terus ditahan sehingga diputuskan mahkamah.

Pembunuhan itu mencetuskan kebimbangan ibu bapa dan menjadi berita utama di India.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2017 @ 10:39 PM