LETUSAN Gunung Agung adalah yang terbaru dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. FOTO Agensi
LETUSAN Gunung Agung adalah yang terbaru dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. FOTO Agensi
Agensi

JAKARTA: Indonesia membatalkan penerbangan membabitkan destinasi Bali berikutan letusan Gunung Agung lewat petang semalam.

Straits Times melaporkan, pembatalan itu membabitkan empat penerbangan ke Bali hari ini serta lima penerbangan yang dijadualkan berlepas dari pulau berkenaan.

“Buat masa ini, penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai sudah dibatalkan.

“Kami akan terus memaklumkan perkembangan terbaru mengenai keadaan semasa susulan letusan Gunung Agung,” kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Polana Pramesti.

Letusan itu adalah yang terbaru dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini apabila ia memuntahkan lava ke bahagian selatan pulau terbabit, kata jurucakap Agensi Bencana Indonesia, Sutopo Nugroho.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 11:58 AM