KALI terakhir Gunung Agung meletus berlaku pada 1963 menyebabkan kira-kira 1,600 orang terbunuh. FOTO: AFP
KALI terakhir Gunung Agung meletus berlaku pada 1963 menyebabkan kira-kira 1,600 orang terbunuh. FOTO: AFP
Agensi

JAKARTA: Gunung Agung yang terletak di Karangasem Bali meletus hari ini dengan menghamburkan abu dan asap setinggi 2,000 meter.

Letusan berlaku pada jam 11.45 pagi, waktu tempatan.

Kompas.com melaporkan bunyi deruman didengari di pusat pemantauan Rendang yang terletak 12 kilometer dari puncak kawah.

Bagaimanapun, letusan tidak mengganggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, kata agensi geologi Indonesia.

Penduduk yang tinggal di sekitar Gunung Agung termasuk pendaki dan pengunjung tidak dibenarkan berada dalam radius 4 kilometer dari kawah gunung berapi itu.

Letusan besar terakhir Gunung Agung berlaku pada 1963 dan menyebabkan kira-kira 1,600 orang terbunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mei 2019 @ 6:32 PM