GUAIDO yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara Venezuela ketika perhimpunan besar-besaran rakyat negara itu di Caracas pada 1 Mei lalu, bagi mendesak Maduro berundur. FOTO  Agensi
GUAIDO yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara Venezuela ketika perhimpunan besar-besaran rakyat negara itu di Caracas pada 1 Mei lalu, bagi mendesak Maduro berundur. FOTO Agensi
Agensi

WASHINGTON: Rancangan Amerika Syarikat bersama tentera Venezuela untuk menahan Presiden Nicolas Maduro minggu lalu gagal pada saat akhir menyebabkan pemimpin pembangkang Juan Guaido yang disokong Amerika gagal menggulingkan presiden berkenaan.

Akibatnya, perhimpunan besar-besaran rakyat selama dua hari bagi mendesak Maduro berundur bertukar menjadi ganas menyebabkan empat terbunuh berikutan tidak mendapat kerjasama tentera.

Dua penunjuk perasaan mati ditembak di La Victoria manakala dua lagi mati di Caracas, juga akibat ditembak. Seramai 230 cedera dan pihak berkuasa menahan 250 orang ketika pertempuran dengan polis.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan ABC Internacional, pentadbiran Presiden Amerika, Donald Trump membentuk kerjasama dengan pegawai kanan di Caracas.

Menurut sumber majlis keselamatan Amerika, rancangan berkenaan bertujuan mendesak Maduro meninggalkan Venezuela jika tidak mahu ditahan dan menyerahkan kuasa kepada Guaido.

Pilihan raya baru akan diadakan dalam tempoh 30 hari selepas itu.

Pemerintah tentera Venezuela merancang rancangan itu dengan pegawai Amerika sejak beberapa bulan lalu melalui telefon namun berlaku perubahan pada saat akhir.

Pegawai Amerika dikatakan mencapai persetujuan dengan pegawai tentera Venezuela di pangkalan tentera La Carlota di Caracas yang disebut Guaido ketika mendesak tentera menggulingkan Maduro. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2019 @ 8:08 AM