GAMBAR hiasan. FOTO Reuters
GAMBAR hiasan. FOTO Reuters
Reuters

CARACAS: Tujuh maut apabila helikopter tentera Venezuela dinaiki terhempas berhampiran ibu negara itu, pagi semalam.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, helikopter itu berlepas dari Caracas dan menuju ke negeri Cojedes sebelum terhempas.

Reuters melaporkan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Semalam, Presiden Nicolas Maduro berada di Cojedes untuk menyaksikan siri latihan tentera.

Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, Maduro berkata tentera bersedia berdepan ancaman yang ditimbulkan Amerika Syarikat.

Maduro menuduh Amerika Syarikat cuba mencetuskan rampasan kuasa dengan menyokong pemimpin pembangkang Juan Guaido yang menganggap Maduro sebagai presiden tidak sah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 11:13 AM