TAY’LOR menangis semasa diiringi keluar daripada mahkamah. -Foto Dailymail
TAY’LOR menangis semasa diiringi keluar daripada mahkamah. -Foto Dailymail
Agensi

VANCOUVER: Gara-gara menolak rakannya jatuh dari sebuah jambatan di Moulton Falls, timur laut Vancouver mengakibatkan remaja perempuan berusia 19 tahun dihukum penjara dua hari dan dikehendaki melakukan kerja-kerja pembersihan di daerah itu selama 38 hari.

Daily Mail melaporkan, Tay’lor Smith, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Daerah Darvin Zimmerman kerana menolak rakannya, Jordan Holgerson, 16, ketika mereka sedang berdiri di atas jambatan di sebuah kawasan riadah terkenal.

Jordan yang ditolak dari ketinggian 15 meter menyebabkan paru-parunya rosak, patah tulang rusuk selain lebam pada badannya.

Video rakaman remaja itu di YouTube menerima tontonan tinggi menunjukkan Jordan ditolak dengan sengaja.

Jordan mula menangis semasa kenyataannya dibacakan di hadapan hakim mengatakan dia ketakutan ketika ditolak dan berfikir akan mati semasa terjatuh ke dalam air.

Tay’lor mengaku bersalah dan merayu hukumannya diringankan kerana melakukan bahaya secara tidak sengaja.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 10:24 PM