KEADAAN stesen Ramses yang terbakar selepas sebuah tren merempuh platform. -Foto AFP
KEADAAN stesen Ramses yang terbakar selepas sebuah tren merempuh platform. -Foto AFP
Agensi

KAHERAH: Seramai 20 orang maut manakala 40 lagi cedera akibat kebakaran selepas sebuah tren merempuh platform di sebuah stesen kereta api utama di pusat bandar Kaherah.

Saksi berkata, kereta api terbabit melanggar platfom dan meletup seterusnya mencetuskan kebakaran besar di stesen Ramses itu.

Jumlah kematian disahkan televisyen Mesir. Ketua hospital Cairo Railroad, Mohammed Said berkata, bilangan mangsa nahas dijangka meningkat.

Kebakaran itu dipercayai tercetus akibat letupan tangki minyak kereta api terbabit yang menuju ke stesen Ramses dalam kelajuan tinggi.

Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly turun ke lokasi kejadian dan berikrar untuk membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan atas kecuaian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Februari 2019 @ 7:05 PM