BANJIR di Australia. FOTO/AFP.
BANJIR di Australia. FOTO/AFP.
AFP

SYDNEY: Ribuan penduduk di timur laut Australia terpaksa meninggalkan rumah masing-masing susulan banjir yang disifatkan sebagai sekali dalam seabad sehingga menukar jalan raya menjadi, dengan pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat akan turun beberapa hari akan datang.

Wilayah utara Australia menerima hujan lebat pada musim tengkujuh ketika ini, tetapi banjir kali ini lebih daripada paras biasa.

Ribuan penduduk di bandar Townsville di timur laut Queensland mengalami gangguang bekalan elektrik dan sehingga 20,000 rumah berisiko ditenggelami air jika hujan berterusan.

Anggota tentera menghantar puluhan ribu beg pasir kepada penduduk yang terjejas, kata Menteri Besar Queensland Annastacia Palaszczuk sambil mengingatkan penduduk agar berhati-hati.

“Secara asasnya, ia bukan berlaku sekali dalam 20 tahun, tetapi sekali dalam 100 tahun,” katanya kepada wartawan, semalam.

Wilayah itu menerima purata kira-kira 2,000 milimeter hujan setiap tahun tetapi beberapa pekan sudah melepasi jumlah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Februari 2019 @ 3:21 PM