“INILAH yang akan saya pakai ketika angkat sumpah Kongres. #PalestinianThobe #ForMyYama,” tulis Rashida melalui Instagram, Jumaat lalu. Yama bermaksud ibu dalam bahasa Arab. - Agensi
“INILAH yang akan saya pakai ketika angkat sumpah Kongres. #PalestinianThobe #ForMyYama,” tulis Rashida melalui Instagram, Jumaat lalu. Yama bermaksud ibu dalam bahasa Arab. - Agensi
Agensi

Detroit: Wakil Demokrat dari Michigan, Rashida Tlaib, akan memakai pakaian tradisional Palestin ketika majlis angkat sumpah sebagai Ahli Kongres Amerika Syarikat, bulan depan.

Rashida berketurunan Palestin dan Ilhan Omar, berketurunan Somalia, menjadi dua wanita Islam pertama terpilih sebagai Ahli Kongres Amerika November lalu.

Menurut laporan AlJazeera, Pakaian tradisional Palestin itu, sejenis jubah sehingga buku lali dipakai wanita di negara-negara Arab dan sesetengah kawasan Afrika.

Jubah wanita Palestin biasanya mempunyai corak berwarna merah namun setiap bandar Palestin mempunyai gaya jubah yang tersendiri.

Rashida, 42, memenangi pilihan raya daerah ke-13 Michigan manakala Ilhan menang di daerah kelima Minnesota, menggantikan Ahli Kongres Islam pertama, Keith Ellison, yang akan bertanding dalam pemilihan peguam negeri.

Rashida dilahirkan di Detroit dan ibu bapanya adalah pendatang Palestin dengan ibunya berasal dari perkampungan Beit Ur al-Fauqa dekat Ramallah, Tebing Barat, manakala bapanya dari Beit Hanina, Baitulmaqdis Timur yang dijajah Israel.

Beliau mencatat sejarah pada 2008 apabila memenangi pemilihan wakil rakyat Michigan, iaitu wanita Islam pertama terpilih.

Awal bulan ini, Rashida memberitahu The Intercept, beliau merancang mengetuai delegasi ahli kongres ke Tebing Barat yang dijajah, memecah tradisi ke Israel untuk ahli baru kongres yang diamalkan sejak berdekad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Disember 2018 @ 12:00 PM