RASHIDA Tlaib. FOTO  REUTERS
RASHIDA Tlaib. FOTO REUTERS
Reuters

WASHINGTON: Ahli kongres wanita Islam Amerika Syarikat (AS), Rashida Tlaib menolak tawaran Israel untuk membenarkannya berkunjung ke Tebing Barat semalam.

Wakil Demokrat itu yang cukup kritikal dengan dasar Israel terhadap Palestin, berkata dia tidak akan mengunjungi keluarganya di sana kerana kerajaan Israel mengenakan syarat-syarat menindas untuk memalukannya.

Sebelum ini, dia merancang untuk mengadakan lawatan rasmi ke Israel bersama rakan kongres Demokrat, Ilhan Omar dari Minnesota.

Perdana Menteri Israel, Netanyahu, yang ditekan Presiden Republikan Trump, tidak membenarkan pasangan itu meneruskan perjalanan mereka, Khamis lalu.

Namun semalam, Israel mengubah pendiriannya, membenarkan Rashida melawat keluarganya di Tebing Barat yang diduduki Israel atas alasan kemanusiaan.

Bagaimanapun, dia menolak tawaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 12:19 PM