TEMPAT kejadian malang yang meragut nyawa Sharpling. -Foto Agensi
TEMPAT kejadian malang yang meragut nyawa Sharpling. -Foto Agensi
Agensi

CARDIFF: Seorang lelaki maut dalam kemalangan tragis apabila dihempap tanah runtuh ketika keluar dari bas dinaikinya untuk menyaksikan lebih dekat usaha mengeluarkan lori yang terbabas ke dalam sungai.

Dalam kejadian Sabtu lalu itu, Corey Sharpling, 21, menaiki bas ke tempat kerja di Carmarthen, Wales Barat, apabila pokok tumbang menghalang jalan menyebabkan sebuah lori terbabas ke dalam sungai.

Kerana ingin melihat lebih dekat, Sharpling keluar dari bas itu untuk menyaksikan kenderaan penyelamat menarik lori terbabit dari sungai.

Malangnya tanah runtuh jatuh ke atasnya menyebabkan Sharpling ditimbus batu dan tanah.

Saksi kejadian berkata: “Kami mendengar bunyi deruan kuat dan tiba-tiba sisi bukit runtuh. Pemuda malang itu terus ditimbus tanah dan batu.

“Memang malang nasibnya, jika dia tidak turun bas sudah pasti dia masih hidup.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Oktober 2018 @ 9:15 PM