Trump melambai selepas Air Force One mendarat di Lapangan Udara Paya Lebar di Singapura. FOTO AFP
Trump melambai selepas Air Force One mendarat di Lapangan Udara Paya Lebar di Singapura. FOTO AFP
AFP

SINGAPURA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Singapura sebentar tadi menjelang sidang kemuncak bersejarah dengan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang bakal menyaksikan isu nuklear Pyongyang menjadi agenda utama.

Trump dan Jong-un dijangka mengadakan perbincangan, julung kali antara Presiden AS dan pemimpin Korea Utara pada Selasa dengan Trump menyifatkan ia sebagai ‘satu-satunya peluang’ untuk mendapatkan keamanan.

Sepanjang perjalanan Trump mahupun pembantunya tidak memberikan sebarang ulasan kepada wartawan.

Sebaik tiba, presiden itu melambai dari atas tangga pesawat, turun bersendirian sebelum beramah mesra dengan beberapa pegawai Singapura yang menyambut ketibaan beliau.

Trump kemudian menaiki kenderaan kalis peluru menuju ke penginapan mewahnya di Singapura diiringi konvoi lebih 30 buah kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Jun 2018 @ 8:47 PM