JONG-Un (kiri) dan Pompeo. FOTO AFP
JONG-Un (kiri) dan Pompeo. FOTO AFP
ASKAR Korea Selatan (kanan) berdiri menghadap askar Korea Utara yang berjalan di garisan sempadan yang memisahkan kedua-dua negara di kampung Panmunjom. FOTO AFP
ASKAR Korea Selatan (kanan) berdiri menghadap askar Korea Utara yang berjalan di garisan sempadan yang memisahkan kedua-dua negara di kampung Panmunjom. FOTO AFP
Agensi

New York: Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo dilaporkan mengadakan pertemuan secara rahsia dengan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un pada awal bulan ini.

Akhbar The Washington Post melaporkan, pertemuan dibuat ketika Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara dijangka mengadakan persidangan menjelang hujung Mei depan.

Persidangan bertujuan untuk mencari jalan menyelesaikan pertikaian membabitkan program senjata nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

Difahamkan, perjumpaan itu berlaku tidak lama selepas Pompeo dicalonkan sebagai Setiausaha Negara AS.

Bagaimanapun, Rumah Putih dan CIA enggan mengulas lanjut berhubung laporan itu.

Sementara Presiden AS, Donald Trump dilaporkan merestui pertemuan itu yang bertujuan menamatkan Perang Korea.

Trump berkata, beberapa pertemuan yang dirancang selepas ini adalah satu peluang terbaik untuk menyelesaikan masalah dunia di Semenanjung Korea.

JONG-Un (kiri) dan Pompeo. FOTO AFP
JONG-Un (kiri) dan Pompeo. FOTO AFP

Perang Korea pada 1950-53 berakhir dengan gencatan senjata dan bukan perjanjian damai, menyebabkan kedua-dua pihak iaitu Korea Selatan dan Korea Utara secara teknikalnya masih berperang.

Pegawai Seoul berkata, mereka masih mencari cara untuk melindungi perjanjian baharu menjelang pertemuan antara Kim Jong Un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In ketika sidang kemuncak minggu depan.

“Kami melihat kepada perubahan regim senjata kepada regim perdamaian,’ katanya semalam.

Komen dibuat selepas kenyataan Trump di resort Palm Beach, Florida berhubung sidang kemuncak antara Korea Utara dan Korea Selatan dengan restunya membincangkan rundingan damai secara formal untuk mengakhiri konflik antara kedua-dua negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 April 2018 @ 4:34 AM