Gambar kiri, pasangan suami isteri ditahan polis Costa Rica ketika hendak menjual buah pinggang mereka, Oktober lalu dan kanan, Dr Francisco Mora Palma. Gambar kecil parut pembedahan pesakit dari Israel yang menjalani pembedahan pemindahan.

AFP

MAHKAMAH Costa Rica menjatuhi hukuman penjara terhadap seorang doktor dan pemilik restoran piza kerana merekrut orang miskin menjual buah pinggang mereka bagi pembedahan pemindahan organ orang kaya dari luar negara, terutama dari Israel.

Doktor sebuah hospital di San Jose, Francisco Mora Palma, dipenjara 12 tahun kerana menjalankan pemindahan organ secara haram. Beliau ialah ketua unit nefrologi yang merawat masalah buah pinggang di hospital berkenaan.

Pemilik restoran piza warga Greece, Dimostenes Katsigiannis dipenjara lapan tahun kerana menjadi ejen mencari orang miskin yang sanggup menjual buah pinggang mereka dengan harga antara AS$3,000 (RM12,200) hingga AS$6,000 (RM24,400).

Tiga lagi doktor yang didakwa bersubahat dengan sindiket diketuai Mora Palma itu, dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Pada 2013, polis menahan lima orang kerana melakukan 14 pemindahan buah pinggang secara haram, kebanyakannya membabitkan pesakit Israel dan Eropah yang membayar sehingga AS$100,000 (RM406,000) setiap seorang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2017 @ 6:45 PM