KEADAAN van yang terbakar selepas bertembung dengan lori dan mengorbankan 13 warga Myanmar di tengah Thailand, semalam. - Agensi
KEADAAN van yang terbakar selepas bertembung dengan lori dan mengorbankan 13 warga Myanmar di tengah Thailand, semalam. - Agensi
AFP

Bangkok: Seramai 13 warga Myanmar rentung apabila van yang dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori di tengah Thailand semalam, kata polis.

Insiden ngeri itu adalah kejadian terbaru berlaku di Thailand yang terkenal dengan rekod kemalangan jalan raya buruk.

Jurucakap polis berkata, van itu dalam perjalanan dari sempadan di bandar Mae Sot, pintu masuk yang biasa digunakan pekerja asing Myanmar untuk ke Bangkok.

Kenderaan itu kemudian berlanggar dengan sebuah lori 10 tayar di wilayah Singburi pada awal pagi semalam sebelum terbakar.

“Pihak berkuasa masih belum mengenal pasti mangsa kerana keadaan mayat yang rentung.

“Pemandu van berkenaan, seorang lelaki tempatan turut terbunuh,” katanya.

Menurutnya, punca kemalangan itu masih belum diketahui.

Jalan raya di Thailand adalah antara yang paling berbahaya di rantau ini, dengan kira-kira 24,000 orang terbunuh akibat kemalangan setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 3:12 AM