GELAGAT peserta berkayuh menuju Dataran Merdeka. FOTO NSTP
GELAGAT peserta berkayuh menuju Dataran Merdeka. FOTO NSTP
Zaitie Satibi

Atas semangat menyemarakkan sambutan majlis Peringatan Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Ke-63, lebih 500 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangkumi penggiat sukan berbasikal seluruh negara bergabung dalam program ‘Fun Ride FRU 2019’, baru-baru ini.

Program kayuhan sejauh 27 kilometer itu bermula dan tamat di Padang Kawad FRU, Cheras, serta merentasi kawasan perumahan di Bandar Tun Razak sehingga Stadium Kuala Lumpur, seterusnya menuju Dataran Merdeka.

Aktiviti itu yang julung kali diadakan bermatlamat mengeratkan lagi hubungan sesama warga PDRM, di samping meningkatkan semangat kerja berpasukan dan membudayakan gaya hidup sihat. Ini berikutan, berbasikal disifatkan aktiviti riadah menyihatkan tubuh dan mampu memupuk semangat kesukanan dan penyatuan dalam PDRM.

MELALUI taman negara tertinggi di dunia, Doesai di Pakistan menjadi kenangan tidak dilupakan. FOTO Ahmad Mohd Isa
MELALUI taman negara tertinggi di dunia, Doesai di Pakistan menjadi kenangan tidak dilupakan. FOTO Ahmad Mohd Isa

Malah warga PDRM juga digesa menyertai acara kayuhan basikal bagi menyokong program komuniti kepolisan yang dilaksanakan sebagai inisiatif mendampingi masyarakat setempat, selain menyambut saranan pucuk pimpinan menerusi program ‘Trim and Fit’ iaitu melakukan aktiviti proaktif dengan menjalani kehidupan sihat dan cergas sekali gus menurunkan berat badan.

Selain kayuhan, sambutan juga dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti cabutan bertuah, senamrobik, peraduan mewarna dan program menderma darah.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Komander FRU, Senior Asisten Komisioner Hamzah Ahmad.

PANORAMA menarik dapat dinikmati sepanjang pengembaraan. FOTO Ahmad Mohd Isa
PANORAMA menarik dapat dinikmati sepanjang pengembaraan. FOTO Ahmad Mohd Isa

Nama FRU sinonim dengan tugas mendepani rusuhan yang biasanya ganas dan menguji ketahanan mental. Pasukan ini yang ditubuhkan pada 5 Disember 1955, dilatih dan dilengkapi untuk menumpas rusuhan, menyuraikan perhimpunan haram, mengawal orang ramai, membantu tugas menyelamat semasa bencana dan penugasan khusus membantu operasi khas kepolisan.

Antara peristiwa yang ditangani pasukan ini adalah tragedi 13 Mei 1969, reformasi 1998, peristiwa Kampung Rawa, Pulau Pinang pada 1998, krisis perkauman di Kampung Medan, Petaling Jaya pada 2001 dan beberapa siri perhimpunan Bersih serta perhimpunan Merah.

BAWA pelbagai keperluan ketika kembara berbasikal antara cabaran dihadapi Noradilah. FOTO Ahmad Mohd Isa
BAWA pelbagai keperluan ketika kembara berbasikal antara cabaran dihadapi Noradilah. FOTO Ahmad Mohd Isa

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2019 @ 7:00 AM