DAUN kering daripada tanaman memanjat itu boleh mengotori halaman rumah dan menyakitkan mata.
DAUN kering daripada tanaman memanjat itu boleh mengotori halaman rumah dan menyakitkan mata.
BUNGA kertas juga dapat menjadi penyeri pagar kediaman.
BUNGA kertas juga dapat menjadi penyeri pagar kediaman.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


TERDAPAT pelbagai jenis tanaman yang sesuai untuk dijadikan sebagai pagar atau hiasan pagar di halaman rumah.

Antara yang boleh dijadikan sebagai penyeri pagar ialah tanaman jenis memanjat.

Kediaman yang kelihatan hijau dengan rimbunan tanaman memanjat pada bahagian pagar sememangnya dapat mencipta suasana yang lebih menenangkan.

Apatah lagi jika kediaman itu terletak di kawasan kota yang sentiasa sibuk dengan hiruk pikuk suasana sekelilingnya.

Ini kerana tanaman jenis memanjat atau menjalar juga dapat berfungsi menjadi peneduh kepada terik matahari.

Ia juga dapat berfungsi sebagai penghadang dari pandangan luar dan kawasan sekitar.

Berbanding jenis lain, tanaman memanjat atau menjalar juga biasanya tumbuh ke atas.

BUNGA seri pagi antara tanaman yang sering menjadi pilihan untuk menghiasi pagar kediaman.
BUNGA seri pagi antara tanaman yang sering menjadi pilihan untuk menghiasi pagar kediaman.

Ia tidak memiliki batang untuk melilit tetapi mempunyai cabang dengan arah pertumbuhan merayap.

Berbeza dengan tanaman memanjat, tanaman jenis melilit pula memiliki batang, namun ada jenis yang memanjat dengan bantuan sulur.

Ia tumbuh pada cabang di celah daun dan tanaman itu boleh tumbuh dengan bantuan batang besi atau pacakan sokongan kayu kecil.

Selain itu, jenis tanaman menumpang juga turut dikategorikan sebagai tanaman memanjat.

Ada yang jenis melekat pada tanaman tertentu menggunakan akar yang tumbuh di sepanjang batang.

Antaranya, bunga seri pagi atau morning glory, golden pothos dan bunga kertas.

KEDIAMAN lebih menenangkan dengan  rimbunan tanaman hijau.
KEDIAMAN lebih menenangkan dengan rimbunan tanaman hijau.

Sementara itu, jika bercadang menanam tumbuhan memanjat di kediaman anda, kesesuaian lokasi tanaman perlu diberi keutamaan.

Selain itu, pastikan ia perlu dijaga rapi dan dipangkas secara berkala.

Jika tidak, tanaman itu boleh membesar dengan tidak terkawal dan menyebabkan laman kediaman anda kelihatan serabut serta tidak terurus.

Sampah daun kering daripada tanaman memanjat itu juga boleh mengotori halaman rumah dan menyakitkan mata yang memandang.

TUMBUHAN memanjat atau menjalar perlu dijaga rapi dan dipangkas secara berkala.
TUMBUHAN memanjat atau menjalar perlu dijaga rapi dan dipangkas secara berkala.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2022 @ 6:20 AM