TIMUN hanya memerlukan siraman sekali sahaja sehari. - FOTO Google
TIMUN hanya memerlukan siraman sekali sahaja sehari. - FOTO Google
HM Digital

CUACA panas saat paling mencabar bagi petani mahupun mereka yang menjadikan berkebun sebagai hobi.

Bagaimanapun, terdapat beberapa jenis tanaman yang sesuai ditanam ketika cuaca panas.

Antaranya tomato, timun, petola, kacang panjang, lobak merah dan terung.

Batang pokok tomato yang menyimpan air mudah dijangkiti penyakit jika ia sentiasa basah.

Oleh itu, tomato antara tanaman sesuai ditanam ketika panas dan siraman perlu juga dilakukan bagi mengelak batang pokok yang menyimpan air menjadi kering.

Tanaman jenis memanjat, timun pula mudah hidup dan sesuai ditanam di mana sahaja.

TERUNG berbuah lebat ketika musim panas. - FOTO Google
TERUNG berbuah lebat ketika musim panas. - FOTO Google

Ia tidak memerlukan air yang banyak untuk tumbuh dan berbuah lebat, memadai hanya sekali siraman sahaja sehari.

Seperti timun, petola juga tidak memerlukan air yang banyak selain sesuai ditanam ketika musim panas.

Daun dan batangnya yang berbulu menyimpan kelembapan yang diperlukan meskipun ketika cuaca panas terik.

Begitu juga dengan terung, daunnya yang berbulu berupaya menyimpan air dan kekal segar dalam cuaca panas. Terung berbuah lebat ketika musim panas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 6:35 AM