POKOK seperti ini perlu sentiasa dijaga supaya landskap dan halaman rumah tak serabut.
POKOK seperti ini perlu sentiasa dijaga supaya landskap dan halaman rumah tak serabut.
BUNGA kertas turut jadi pilihan sebagai pokok menjalar untuk hiasi pagar.
BUNGA kertas turut jadi pilihan sebagai pokok menjalar untuk hiasi pagar.
Faizal Zain

Salam deko. Jika dua minggu lalu, saya banyak bercerita berkenaan tanaman sesuai untuk pagar atau hiasan pagar, kali ini mari kita dekati beberapa tanaman memanjat yang unik sebagai penyeri dinding dan pagar.

Sebuah rumah yang kelihatan menghijau dengan rimbunan tanaman memanjat pada bahagian dinding atau pagar tentu mencipta pemandangan menenangkan. Lebih-lebih lagi jika lokasi kediaman anda itu di kota yang ada kalanya tanaman hijau sukar ditemui. Hal ini disebabkan kesibukan warga kota yang tidak mempunyai masa khususnya bercucuk tanam.

Ada dalam kalangan kita yang cuba membuat taman mini di pekarangan rumah dengan menanam tumbuhan hijau di bawah bumbung dan memanjat tiang, dinding atau pagar rumah. Ini antara cara terbaik untuk menghasilkan sentuhan landskap kediaman yang lebih segar. Tanaman memanjat atau menjalar dianggap dapat menjadi peneduh kerana kesuburannya yang berfungsi sebagai penghadang dari pandangan luar selain kawasan sekitar. Tanaman memanjat biasanya ini tumbuh ke atas. Ia tidak memiliki batang untuk melilit, tapi mempunyai cabang dengan arah pertumbuhan merayap.

Kemudian tanaman dari jenis melilit pula memiliki batang, namun ada jenis yang memanjat dengan bantuan sulur. Ia tumbuh pada cabang di celah daun. Tanaman ini boleh tumbuh dengan bantuan batang besi atau pacakan sokongan kayu kecil. Selain itu jenis tanaman menumpang pula turut dikategorikan sebagai memanjat. Ada yang jenis melekat pada tanaman tertentu menggunakan akar yang tumbuh di sepanjang batang. Hedera (ivy) antara tanaman jenis ini yang boleh tumbuh hingga 40 sentimeter (sm) tinggi dengan menempel pada permukaan dinding.

Antara tanaman seumpamanya yang popular di negara kita termasuk seri pagi atau morning glory, golden pothos dan bunga kertas. Jika bercadang menanam tumbuhan memanjat ini, kesesuaian lokasi tanaman sangat penting. Kita perlu rajin menjaga, merawat dan memangkasnya. Jika tidak, tanaman memanjat yang tidak terjaga ini boleh membuat kediaman anda nampak serabut dan tidak terurus. Jika kurang penjagaan, sampah daun kering dari tanaman memanjat ini boleh mengotori halaman rumah anda dan merimaskan mata memandang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 5:01 AM