JEFFREY berkata, kempen sehingga 31 Mei 2024 itu memberi ganjaran kepada 200 pelanggan pertama layak yang mendeposit sekurang-kurangnya RM1 juta untuk tempoh empat bulan.
JEFFREY berkata, kempen sehingga 31 Mei 2024 itu memberi ganjaran kepada 200 pelanggan pertama layak yang mendeposit sekurang-kurangnya RM1 juta untuk tempoh empat bulan.

KUMPULAN Perbankan RHB (RHB) melancarkan kempen deposit yang menawarkan hadiah jam tangan mewah dan Bar Emas 999.9 5 gram rekaan unik yang menampilkan The Golden Dragon and the Pearl.

Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan Komuniti, Kumpulan Perbankan RHB, Jeffrey Ng Eow Oo berkata, kempen sehingga 31 Mei 2024 itu memberi ganjaran kepada 200 pelanggan pertama layak yang mendeposit sekurang-kurangnya RM1 juta untuk tempoh empat bulan.

"Emas sudah lama menjadi simbol kestabilan dan daya tahan, mengharungi 'ribut ekonomi' dan melindungi keluarga dari generasi ke satu generasi.

"Sebagai gambaran nyata nilai kekal kami di RHB, kami mereka bentuk Bar Emas The Golden Dragon and the Pearl untuk memberi insentif kepada pelanggan kami.

"Reka bentuk unik diilhamkan mitologi Cina purba dan melambangkan bagaimana 'Naga' mewakili daya tahan, mengatasi cabaran dan mencapai pencapaian luar biasa untuk mencapai 'Mutiara' menandakan ganjaran dan kemakmuran," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pelanggan berpeluang memiliki jam tangan mewah Switzerland bernilai RM88,000 atau dua hadiah sagu hati iaitu jam tangan buatan Switzerland bernilai RM69,000 setiap satu, apabila mereka mendepositkan sekurang-kurangnya RM10,000 untuk tempoh empat bulan.

Selain itu, RHB juga menganugerahkan lima pemenang bertuah sepanjang tempoh kempen yang mana setiap bulan, seorang pemenang dipilih menerima jam tangan buatan Switzerland bernilai RM58,000.

Kempen Jam Tangan Mewah RHB pemegang akaun semasa dan simpanan diperkenalkan berdasarkan kejayaan kempen Emas Deposit RHB terdahulu.

Ia memberi ganjaran kepada pelanggan kerana secara proaktif mengukuhkan masa depan kewangan mereka dengan meningkatkan deposit di RHB.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2024 @ 7:10 AM