AADRIN (kiri) dan Ketua Pemasaran Runcit PDB Abang Jimmy Abang Mordian pada majlis pelancaran kempen, semalam.
AADRIN (kiri) dan Ketua Pemasaran Runcit PDB Abang Jimmy Abang Mordian pada majlis pelancaran kempen, semalam.
Sofyan Rizal Ishak


Kuala Lumpur: Petronas Dagangan Berhad (PDB) melancarkan kempen pemberian ganjaran terbesar tahun ini iaitu The Only Game Where Everybody Wins yang menawarkan enam juta baucar tunai dan hadiah RM72 juta bermula 12 Disember hingga Februari tahun depan.

Sepanjang kempen 12 minggu itu, pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya RM20 petrol, barangan promosi di Kedai Mesra atau minyak pelincir Petronas Syntium (3/4 Liter) akan menerima satu baucar misteri.

Ketua Perniagaan Runcit PDB Aadrin Azly berkata, pihaknya komited untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang menyokong kejayaan mereka melalui tawaran pelbagai hadiah bermakna dan praktikal pada kadar segera selari dengan komitmen PDB memberikan produk bernilai kepada mereka.

“Kami memahami cabaran dengan kos sara hidup yang meningkat dan melalui kempen ini, semua orang layak menjadi pemenang dan menikmati penjimatan dengan ganjaran menarik apabila berbelanja di Petronas,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pelanggan berpeluang memenangi baucar tunai bernilai RM5,000, RM1,000, RM500 dan RM100 serta hadiah lumayan lain seperti baucar menebus pelbagai pilihan telefon bimbit, bekalan kasut selama setahun daripada Zalora dan 4L Petronas Syntium 3000 5W-40.

Kempen The Only Game Where Everybody Wins akan berlangsung di lebih 1,000 stesen Petronas di seluruh negara membabitkan lebih 750 Kedai Mesra.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2017 @ 9:28 AM