BMI percaya permintaan untuk EV akan jauh melebihi permintaan kereta ICE dalam tempoh unjuran 2023-2032.
BMI percaya permintaan untuk EV akan jauh melebihi permintaan kereta ICE dalam tempoh unjuran 2023-2032.

SYARIKAT milik Fitch Solutions, BMI menyemak naik unjuran jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi 2023, ia meningkat sebanyak 3.8 peratus, berbeza dengan jangkaan penurunan sebanyak 9.0 peratus sebelum ini.

BMI dalam satu kenyataan berkata, semakan itu dibuat berikutan permintaan terpendam yang lebih baik daripada jangkaan untuk kenderaan yang dibeli semasa tempoh pengecualian cukai jualan.

"Kami mengambil maklum bahawa sebelum ini, BMI menjangkakan permintaan akan berkurangan pada suku kedua 2023, bagaimanapun data yang dikumpulkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menunjukkan bahawa permintaan kekal meningkat sepanjang separuh pertama 2023," katanya.

Pengecualian cukai jualan luput pada 30 Jun 2022 dan terdapat tempoh penangguhan pengecualian sehingga 31 Mac 2023 untuk kereta itu yang ditempah untuk pembelian sebelum tamat tempoh pengecualian cukai jualan.

Pesanan tertunggak diselesaikan susulan gangguan rantaian bekalan, ia bermakna pengeluar kereta tidak dapat memenuhi tempahan, katanya.

Menurut MAA, jualan kenderaan meningkat 12.6 peratus tahun ke tahun dalam tujuh bulan pertama 2023 untuk mencapai 429,807 unit berbanding 381,680 unit dalam tempoh sama pada 2022.

Selain itu, BMI percaya permintaan untuk kenderaan elektrik (EV) akan jauh melebihi permintaan kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) dalam tempoh unjuran 2023-2032.

Melihat kepada pemacu utama pertumbuhan prospektif Malaysia dalam kadar penggunaan EV, BMI menekankan pelanjutan pengecualian duti import bagi komponen untuk pemasangan tempatan EV, pengecualian duti eksais dan cukai jualan untuk kereta EV pemasangan tempatan (CKD) dipasang secara dan pengecualian duti import serta eksais ke atas model import sepenuhnya (CBU).

Satu lagi pertimbangan penting yang dibuat dalam unjuran EV ialah kehadiran pembuatan EV tempatan daripada Volvo dan Mercedes-Benz, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2023 @ 7:10 AM