MAJLIS penyerahan sumbangan keperluan persekolahan kepada 85 murid mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Canossian Convent, Segamat, Johor.
MAJLIS penyerahan sumbangan keperluan persekolahan kepada 85 murid mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Canossian Convent, Segamat, Johor.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyumbang keperluan persekolahan kepada 85 murid mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Canossian Convent, Segamat, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, pihaknya mengambil inisiatif memberi bantuan kepada murid yang terjejas banjir untuk meringankan perbelanjaan ibu bapa dalam menguruskan keperluan persekolahan anak-anak.

"Banjir yang melanda baru-baru ini, mengakibatkan kerugian kepada mangsa apabila kehilangan dan kerosakan harta benda.

"Banyak perbelanjaan yang diperlukan untuk memulakan semula kehidupan selepas dilanda bencana.

"Bantuan ini adalah sebahagian daripada CSR PUNB dan keutamaan kami adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang terbabit dan diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang terjejas, apatah lagi sesi persekolahan baharu yang bermula Ahad lalu," katanya dalam kenyataan.

Hadir sama di majlis memberi sumbangan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pemanis yang juga mantan Ahli Lembaga Pengarah PUNB, Anuar Abd Manap; Guru Besar SK Canossian Convent, Mallar Selvie; Ketua Pejabat PUNB Wilayah Selatan, Azham Ardin Shah dan wakil daripada pengurusan PUNB.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2023 @ 11:04 AM