FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang sekitar 4.0 peratus pada 2023, yang mana kadar itu masih dianggap kukuh di tengah-tengah persekitaran yang mencabar.

Ketua Bersama Strategi Makro Asia Manulife Investment Management, Sue Trinh berkata, pertumbuhan global masih menjadi risiko utama bagi tinjauan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun depan.

Katanya, ekonomi Malaysia pada 2023 juga dijangka mendapat manfaat daripada pembukaan semula ekonomi China terutama perdagangan dan pelancongan.

"Walaupun pertumbuhan global menjadi risiko utama, permintaan domestik terutama penggunaan pelaburan swasta akan menyokong pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 2023.

"Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh pada 2022 berikutan kesan asas rendah (tahun sebelumnya).

"Pertumbuhan akan berterusan pada 2023 meskipun menyederhana kepada 4.0 peratus," katanya pada taklimat media mengenai tinjauan pelaburan 2023 secara maya di sini, hari ini.'

Menurutnya, langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara beransur-ansur adalah tepat dalam menyokong pertumbuhan.

"Kami menjangkakan kenaikan kadar faedah akan mencecah kitaran paras tinggi pada suku pertama tahun depan.

"Ekonomi Malaysia pada 2023 juga dijangka mendapat manfaat daripada pembukaan semula ekonomi China terutama perdagangan dan pelancongan.

"Mengenai ringgit, kestabilan renminbi dan pembukaan semula ekonomi China akan menyokong prestasi ringgit tahun depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2022 @ 7:22 PM