Datuk Yunos Abd Ghani
Datuk Yunos Abd Ghani

Kuala Lumpur: Agrobank mengumumkan pelantikan Datuk Yunos Abd Ghani sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Agrobank berkuatkuasa 12 November 2022.

Yunos merupakan Ahli Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Ahli Majlis Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM), Pengarah World Savings and Retail Banking Institute dan Bendahari Persatuan Badan-Badan Berkanun Malaysia.

Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan dari Eastern Michigan University, Amerika Syarikat dan Diploma Pengajian & Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA.

Sementara itu, pihak Bank dan Ahli Lembaga Pengarah juga memaklumkan bahawa Datuk Mustapha Buang telah menamatkan perkhidmatannya selama dua tahun sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Agrobank pada 11 November lalu.

Pihak Bank dan Ahli Lembaga Pengarah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan serta sokongan beliau ketika berkhidmat di Agrobank.

Sepanjang dua tahun perkhidmatan, beliau telah menjalankan

tanggungjawabnya demi kepentingan dan kesejahteraan Bank serta memastikan standard tadbir urus korporat yang tertinggi dan berintegriti dilaksanakan di Agrobank.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2022 @ 6:20 PM