TNB terus sedia bekalan elektrik sewajarnya kepada rakyat serta negara ini.
TNB terus sedia bekalan elektrik sewajarnya kepada rakyat serta negara ini.

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyatakan keyakinannya di atas komitmen kerajaan terhadap mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) selain memperoleh semula kos penjanaan tambahan.

Dalam kenyataannya, TNB berkata, langkah itu penting bagi membolehkannya untuk terus menyediakan bekalan elektrik sewajarnya kepada rakyat serta negara ini.

Kerajaan menyatakan persetujuan menampung rebat dan surcaj bernilai RM5.8 bilion manakala mekanisme ICPT itu akan dilaksanakan bagi tempoh antara 1 Julai dan 31 Disember depan.

Tarif elektrik bagi pengguna domestik tidak berubah apabila kerajaan mengekalkan surcaj pada 3.7 sen setiap kilowatt jam (kWj) dan rebat 2.0 sen/kWj manakala surcaj 3.7 sen/kWj untuk pengguna bukan domestik.

"Lonjakan harga bahan api baru-baru ini menyebabkan TNB menanggung baki belum terima yang lebih tinggi daripada biasa dan sedang menguruskannya secara teliti," katanya.

Kerajaan sudah menyalurkan subsidi RM11.7 bilion menerusi 16 pusingan sejak 2015 yang mana TNB kekal neutral daripada perubahan harga bahan api.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2022 @ 7:00 AM