Inisiatif LazadaForGood dapat menggalakkan pelanggan menyumbang ke arah kebajikan.
Inisiatif LazadaForGood dapat menggalakkan pelanggan menyumbang ke arah kebajikan.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Lazada Malaysia bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk mengumpulkan dana sebanyak RM2.3 juta menerusi LazadaForGood, platform pemberian digital, bagi membantu lebih 40,000 penerima sumbangan yang bakal menerima pek makanan Rezeki Ramadan.

Pek berkenaan mengandungi bekalan makanan asas dan keperluan harian.

Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia, Darren Rajaratnam berkata, usaha membantu perkembangan dan keperluan masyarakat yang memerlukan adalah nadi dalam misi strategik Lazada Malaysia.

"Kolaborasi dengan IRM memberi peluang kepada kami untuk mengoptimumkan daya kekuatan unik e-dagang dalam membantu komuniti dan mendekatkan diri dengan pelanggan menerusi pendekatan yang bermakna.

"Dengan pelancaran inisiatif ini pada bulan Ramadan yang mulia, kami berharap ia dapat menggalakkan pelanggan Lazada untuk bersama-sama menyumbang ke arah kebajikan sosial dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan," katanya dalam kenyataan.

Dengan hanya beberapa klik mudah di platform dalam talian LazadaForGood, pengguna boleh berkongsi sinar Ramadan dan Syawal dengan penerima sumbangan pek makanan Ramadan di bawah IRM.

Layari LazadaForGood dan pilih 'Islamic Relief Malaysia' di senarai badan amal, klik nilai sumbangan yang ingin didermakan – pilih antara RM5, RM10, RM20, RM30, RM50, RM100 atau lebih, sama ada untuk Rezeki Ramadan, mySedekah atau bantuan kecemasan bencana tempatan – tambah ke dalam kart sumbangan dan 'check out'. Sumbangan itu akan disalurkan kepada dana yang dikumpulkan oleh IRM.

Orang ramai juga boleh menyumbangkan derma ikhlas kepada MyFundAction, UNICEF, dan badan-badan amal yang lain di LazadaForGood menerusi https://s.lazada.com.my/s.eKYQu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2022 @ 4:35 PM