PEMBERSIH vakum tanpa wayar bebas kusut Panasonic.
PEMBERSIH vakum tanpa wayar bebas kusut Panasonic.
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Malaysia) memperkenalkan model baharu pembersih vakum tanpa wayar bebas kusut (MC-SB85).

Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Keisuka Nishida berkata, pihaknya mengambil berat mengenai kerisauan ibu bapa berkenaan persekitaran yang selamat dan bersih untuk orang tersayang.

"Sehubungan dengan itu, Panasonic memperkenalkan teknologi baharu, dalam berus berbentuk kon bagi mengumpul dan memindahkan rambut ke bahagian tengah kepala vakum yang lebih nipis sebelum rambut disedut masuk sepenuhnya.

"Menerusi teknologi berpaten unik ini, ia menjadikan muncung kuasa bebas kekusutan satu ciri ekslusif bagi jenama serta membantu pengguna menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga apabila membersihkan muncungnya.

"Ia turut disaluti plat ion yang turut melakukan kerja tambahan membasmi bakteria daripada lantai," katanya.

Mengulas lanjut, pembersih vakum tanpa wayar bebas kusut MC-SB85 turut menggunakan kuasa sedutan 150W yang mampu bertahan sehingga 85 minit apabila dicas penuh selama tiga jam.

Sementara itu, menerusi sensor habuk rumah yang terbina khas pada pembersih vakum ini, ia dapat memastikan ruang kediaman bebas habuk secara automatik berasaskan jumlah habuk yang dikesan.

"Bukan itu sahaja, reka bentuknya memudahkan kerja pembersihan habuk dan kotoran.

"Pembersih vakum ini seberat hanya dua kilogram, mudah dikendalikan dan boleh dipanjangkan bagi membersihkan tempat lebih tinggi," katanya.

Panasonic turut memperkenalkan dua lagi model baharu iaitu MC-SB30 dan MC-SBV01, di mana masing-masing dilengkapi sensor habuk rumah, sistem penapis antisumbat dan ciri pembersihan rumah.

Ketiga-tiga pembersih vakum tanpa wayar bebas kusut MC-SB85, MC-SB30 dan MC-SBV01 boleh didapati di kedai wakil penjual sah di seluruh negara di mana masing-masing dijual pada harga RM2,799, RM1,199 dan RM699.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 7:00 AM