KERJA menyedut habuk, membersih dan mengemop lantai rumah kini menjadi lebih mudah dengan AquaTrio 9000 Series baharu.
KERJA menyedut habuk, membersih dan mengemop lantai rumah kini menjadi lebih mudah dengan AquaTrio 9000 Series baharu.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


KERJA menyedut habuk, membersih dan mengemop lantai rumah kini menjadi lebih mudah dengan adanya inovasi terkini dari Philips.

Menerusi rangkaian perkakas domestiknya, jenama tu memperkenalkan pembersih vakum hampagas tanpa wayar basah dan kering, AquaTrio 9000 Series baharu untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Inovasi teknologi terkini penyelesaian pembersihan lengkap, sistem tiga dalam satu itu direka khas bagi memudahkan kerja mencuci ruang di rumah.

Ia hadir dengan tiga konfigurasi iaitu fungsi vakum dan mop serentak, vakum termaju serta pemegang tangan boleh tanggal.

Ciptaan terkini dari Philips itu turut dilengkapi dengan fungsi pembersihan sendiri.

Ia bukan sahaja memudahkan tugas pengguna dengan fungsi mencuci dan vakum dalam satu masa, malah dapat membantu menghapuskan 99. 9 peratus bakteria di permukaan lantai.

Kotoran degil dipermukaan lantai keras juga mudah ditanggalkan dengan berkesan menerusi tiga mod pembersihan.

Selain itu, berus pembersih hampagas berkenaan juga dihasilkan daripada teknologi AquaSpin untuk pembersihan yang lebih mendalam di ruang rumah anda.

Berusnya berpusing 10 kali lebih cepat berbanding berus biasa dan mencuci lantai hanya dengan air yang bersih.

Dari segi penjagaannya, jangan risau kerana pembersih vakum hampagas itu turut dilengkapi dengan fungsi auto selepas pembersihan untuk menjimatkan masa pengguna.

Sistem pembersihan vakum hampagas itu juga direka dengan teknologi terkini tiga dalam satu yang maju.

Dalam pada itu, tempoh kuasa baterinya jika digunakan dalam mod vakum dan mop biasa, ia boleh

bertahan sehingga 25 minit.

Jika digunakan dalam mod vakum biasa sahaja, pembersih vakum hampagas itu boleh digunakan sehingga 45 minit.

Namun, jika ditukar kepada mod turbo vakum sahaja, tempohnya adalah 25 minit.

Menambah lagi daya tarikan, ia juga mudah disimpan dan kelihatan bergaya, semestinya peralatan rumah yang perlu dimiliki di setiap rumah.

Lebih istimewa, rekaannya juga mudah dibawa dan boleh ditanggalkan, sesuai untuk digunakan ketika membersihkan ruang dalam kenderaan.

Pembersih vakum hampagas itu sudahpun berada di pasaran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2023 @ 6:55 AM