GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Shah Alam: Kestabilan ekonomi, persekitaran perniagaan yang tidak menentu dan berubah pantas memerlukan usahawan menambah dan mengemas kini ilmu masing-masing supaya kekal relevan kata pengasas Fifarasol Group Sdn Bhd, Nur Afifah Rasol.

Menurut Nur Afifah, tidak cukup jika merujuk kepada ilmu perniagaan 10 tahun lalu, sebaliknya ilmu perniagaan mesti yang terbaharu kerana perubahan iklim perniagaan berlaku hampir setiap hari.

"Masa saya belajar, ilmu dalam bidang perubatan sentiasa dikemas kini apatah lagi persekitaran perniagaan yang tidak bersifat kekal dan berubah mengikut peredaran masa.

"Jika saya tak sertai kelas dan menjalankan perniagaan seperti biasa, rasanya keuntungan perniagaan saya sukar nak sampai RM1 juta pertama setahun, hasil jualan RM40,000 hingga RM50,000 saja masa itu," katanya.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Jordan berusia 26 tahun itu berkata, beliau mengambil keputusan menyertai kelas dianjurkan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks.

"Selepas tamat pengajian saya hadiri program RichWorks dan kelas perubatan serentak, waktu itu saya tak tahu nak pilih mana satu, sama ada teruskan jadi doktor atau fokus perniagaan.

"Hasilnya, saya bukan semakin keliru sebaliknya jelas hingga lepaskan karier sebagai doktor untuk fokus dalam bidang perniagaan sebab nampak hasilnya," katanya.

Nur Afifah berkata, beliau memilih berniaga bagi mendapatkan kebebasan masa kerana pendiriannya yang mengutamakan keluarga di mana beliau hendak bersama-sama melihat pembesaran anak.

Pada 2021, syarikatnya mencatat jualan bersih RM6.2 juta dan mempunyai lebih 6,000 dropship dan tahun ini Fifarasol menyasar bantu 20,000 dropship.

"Cuba bayangkan, seorang dropship saya graduan bidang kewangan berumur 24 capai pendapatan bersih RM8,000 ke RM9,000 sebulan dan bercadang menghadiahkan ayahnya kereta.

"Rasa bersyukur dan saya mahu bantu lebih ramai lagi menerusi program dropship secara percuma yang boleh didaftar di www.fifarasolgroup.com," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 January 2022 @ 1:04 PM