DR Siti Juariah kini berjaya membuka tiga cawangan Djue Wellness Centre
DR Siti Juariah kini berjaya membuka tiga cawangan Djue Wellness Centre

Labis: Perniagaan yang hampir muflis dapat diselamatkan, malah meraih pulangan jutaan ringgit apabila dapat dirawat dan dibetulkan dengan tepat, kata pengasas D'Jue Wellness.

Menurut Dr Siti Juariah Kusni yang juga pemilik Poliklinik Penawar, perkara pertama yang dibaiki terhadap perniagaan yang dijalankan hampir 20 tahun adalah aliran tunai.

"Saya betulkan aliran tunai. RichWorks ajar saya perkara ini, mengenai penyata bank, sistem fail dan sebagainya. Sebelum ini saya hanya kumpul resit dalam satu fail sahaja," katanya.

Malah, bisnes dijalankan pernah menanggung hutang hampir RM1 juta dan dirujuk ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

"Apabila sudah dengan AKPK tak boleh buat pinjaman, AKPK laraskan hutang mengikut kemampuan. Hutang itu saya bayar sikit-sikit sehingga 10 tahun dan hidup dengan apa yang ada sahaja," katanya.

Berdepan dengan masalah itu, menyebabkan Dr Siti Juariah disahkan menghidap penyakit autoimmune.

"Doktor menyarankan saya mengambil beberapa jenis ubat termasuk cytotoxic dan steroid bagi merawat penyakit saya. Selepas setahun saya makan ubat tersebut, tubuh saya mula menunjukkan kesan sampingan. Antara kesan sampingan yang saya hadapi ialah masalah bengkak hati, gastrik, obesiti, penyakit diabetes type 2, allergic rhinitis, refluks gastroesofageal (GERD), migrain dan prolapsed disc," katanya lagi.

Namun, wanita tabah ini tidak mahu membiarkan bisnes dijalankan berakhir begitu sahaja dengan mengambil keputusan mengikuti kelas anjuran RichWorks dan Mentor Usahawan Dr Azizan Osman.

Hasilnya, beliau berjaya membuka tiga cawangan Djue Wellness Centre, pusat rawatan integrasi untuk pesakit kronik seperti diabetes, selain menjadi pusat rawatan alternatif dan hab jualan produk kesihatan bagi pesakit memerlukan modifikasi diet.

"Kini saya mempunyai lebih 30 pekerja berbanding dahulu tiga orang sahaja. Pada 2018, jualan sekitar RM700,000 terus meningkat tahun berikutnya dan pada 2021 mencatatkan RM5.7 juta," katanya.

Bagi yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, anda boleh melayari laman sesawang http://www.doktorsakitkronik.com.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2022 @ 10:58 AM