Pesta beli-belah tahunan Lazada yang terkenal, Jualan Sehari Terbesar 11.11, tawar ganjaran bernilai lebih RM2 juta dan peluang  memenangi tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu.
Pesta beli-belah tahunan Lazada yang terkenal, Jualan Sehari Terbesar 11.11, tawar ganjaran bernilai lebih RM2 juta dan peluang memenangi tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Pesta beli-belah tahunan Lazada yang terkenal, Jualan Sehari Terbesar 11.11, kini kembali lebih besar pada 11 November, dengan ganjaran bernilai lebih RM2 juta dan peluang untuk memenangi tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu.

Pembeli dalam talian boleh menikmati harga Mesti Beli terendah di pasaran, mengumpulkan Lazada Bonus dan baucar Penghantaran Percuma tertinggi, serta memenangi pelbagai ganjaran lumayan.

Ketua Pertumbuhan Pengguna Lazada Malaysia, Rick Ting berkata, Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada adalah acara beli-belah yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

"Pembeli akan menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik dengan tawaran Jaminan Harga Terendah dan ciri-ciri Shoppertainment yang membahagiakan.

"Kami berharap aktiviti yang disediakan, terutamanya Super Show Lazada 11.11, akan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan.

Menjelang Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada, kenderaan penghantaran Lazada Logistics akan memaparkan maskot Lazzie dan juga lima kod QR unik.

Katanya, setiap kod QR memberikan akses kepada baucar dan ganjaran eksklusif Lazzie Hunt berjumlah lebih RM2 juta termasuk tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu untuk pengguna yang menemui dan mengimbas kelima-lima kod QR.

Ditawarkan sekali setahun, Jaminan Harga Terendah dengan pulangan wang 11 kali ganda daripada Lazada kini kembali.

Pelanggan boleh membeli-belah dengan yakin kerana tawaran Mesti Beli 11.11 pasti lebih murah daripada harga di seluruh pasaran dan disokong dengan Jaminan Harga Terendah Lazada, apabila perbezaan harga 11 kali ganda akan dipulangkan kepada pelanggan jika mereka menemui harga lebih rendah.

Di samping itu, Mesti Beli Electronic Deals sempena Jualan 11.11 akan mengetengahkan tawaran eksklusif bagi pelancaran produk baharu, termasuk Samsung Galaxy M52, Huawei Nova 9, POCO X3 Pro 6, dan banyak lagi.

"Acara beli-belah 11.11 akan membawakan paling banyak Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma yang pernah ditawarkan sepanjang tahun.

"Mulai sekarang sehingga 11.11, pengguna Lazada boleh mengumpul pelbagai baucar Penghantaran Percuma setiap hari dan mendapatkan diskaun Lazada Bonus bernilai sehingga RM400, yang memberi potongan RM10 bagi setiap perbelanjaan RM100 pada 11 November yang boleh digunakan bersama baucar dan tawaran lain," katanya.

Pada 11 November dari 12 tengah malam hingga 2 pagi, Jualan 11.11 akan mencapai kemuncaknya, apabila rakan-rakan jenama di LazMall yang dijamin tulen akan melancarkan tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers untuk tempoh terhad dengan diskaun sehingga 70 peratus.

Pelanggan digalakkan untuk menambah nilai Lazada Wallet masing-masing sebelum jualan bermula untuk memastikan pengalaman pembayaran yang pantas dan lancar apabila seluruh rakyat Malaysia berlumba untuk merebut Crazy Brand Mega Offers pada tengah malam.

"Mereka yang menambah nilai sekurang-kurangnya RM50 ke dalam Lazada Wallet juga akan menikmati pulangan tunai terjamin.

"Proses pembayaran lancar menerusi Lazada Wallet amat penting untuk pembeli yang ingin membeli produk-produk berharga satu sen Crazy Flash Sale yang sangat terhad, yang selalu habis dijual dalam masa beberapa saat," katanya.

Walaupun dengan pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan di Jualan 11.11, pembeli bijak masih boleh lebih berjimat melalui Chup Dulu, iaitu ciri pratempahan dalam aplikasi Lazada.

Pada 11 November dari jam 2 pagi, pembeli boleh membayar tawaran Chup Dulu dengan mudah.

Pada malam menjelang Jualan Sehari Terbesar 11.11, Lazada akan menganjurkan Super Show Lazada 11.11 dari 9 malam hingga 11 malam menerusi saluran penstriman langsung dalam aplikasinya, LazLive dan stesen TV, TV3.

Acara ini akan menyiarkan persembahan oleh Duta Kebahagiaan Lazada, bintang-bintang terkenal K-pop SEVENTEEN dan selebriti tempatan popular, termasuk Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Ketua Pegawai Diskaun Lazada sendiri, Ain Edruce.

"Baucar eksklusif bernilai lebih RM40,000 akan dihadiahkan sepanjang siaran langsung apabila pelanggan boleh mendapatkan penjimatan lebih besar di pesta beli-belah yang bakal diadakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 5:13 PM