Lazada Malaysia menawarkan e-duit raya kepada pelanggan dalam kempen Tawaran Meriah Raya Jualan 5.5 Lazada.
Lazada Malaysia menawarkan e-duit raya kepada pelanggan dalam kempen Tawaran Meriah Raya Jualan 5.5 Lazada.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Lazada Malaysia menawarkan e-duit raya kepada pelanggan dalam kempen Tawaran Meriah Raya Jualan 5.5 Lazada.

Selain itu, ia juga menawarkan baucar penghantaran percuma, Lazada Bonus, 50 peratus pulangan tunai LazCoins, rebat Wallet serta tawaran Crazy Brand Mega Offers sempena raya tahun ini.

Pelanggan boleh menghantar e-Duit Raya bertemakan Lazzie di Lazada kepada orang tersayang dengan membuka aplikasi Lazada di telefon pintar, layari bahagian Lazzie Hunt pada tab Akaun dan pilih Hantar Duit Raya dari menu.

Lazada Malaysia dalam kenyataan berkata, penebusan Lazada Bonus Diskaun RM10 bagi setiap RM100 boleh ditebus untuk beli-belah di aplikasi berkenaan.

"Dapatkan bonus tambahan dalam bentuk potongan sebanyak RM10 bagi setiap pembelian sebanyak RM100 untuk produk terpilih.

"Pengumpulan bermula dari 1 Mei dan penebusan bermula dari 5 Mei hingga 7 Mei ini," katanya.

Menurutnya, sepanjang Jualan Raya 5.5, pelanggan boleh mendapat 50 peratus ganjaran pulangan tunai LazCoins dengan perbelanjaan minimum RM30.

Selain itu, pelanggan juga boleh mengumpul baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum antara 5 hingga 7 Mei dari halaman atau ikon Penghantaran Percuma pada aplikasi Lazada, untuk menikmati penghantaran percuma apabila menebusnya pada hari sama.

"Bagi mereka yang bangun Sahur, dapatkan baucar Penghantaran Percuma Sahur dari 5 hingga 7 pagi bermula sekarang sehingga 4 Mei dan tebus baucar itu pada hari sama dengan pembelian minimum RM5 sahaja," katanya.

Antara jam 12 tengah hari sehingga 2 petang pada 5 Mei sehingga 7 Mei, pelanggan bukan sahaja dapat menggunakan kelebihan e-duit raya, Lazada Bonus dan pulangan tunai LazCoins untuk menikmati tawaran hebat, malah mereka juga boleh menebus baucar RM8 tanpa perbelanjaan minimum dan baucar Penghantaran Percuma untuk penjimatan berganda apabila membeli baju raya, produk kosmetik mesra Muslimah, barangan hiasan rumah bertemakan raya, barangan runcit atau barang keperluan balik kampung.

"Pelanggan juga dinasihatkan untuk menambah nilai Lazada Wallet terlebih dahulu bagi memastikan proses pembayaran lebih lancar sepanjang kempen ini berlangsung," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2022 @ 1:58 PM