LAZADA.
LAZADA.

Kuala Lumpur: Lazada Malaysia akan membuat tawaran luar biasa sebagai sebahagian Jualan 5.5 'Lazada Ada Sentuhan Raya' dengan tawaran serendah 99 sen.

Selain menjanjikan pelbagai manfaat seperti baucar Lazada Wallet dan pulangan tunai, terdapat juga peluang untuk memenangi iPhone 12 dan jualan pada harga serendah 99 sen sepanjang 'Crazy Flash Sale'.

Ketua Trafik, Susan Too berkata, pembeli boleh menjimatkan RM10 untuk setiap RM100 yang dibelanjakan dengan Lazada Bonus, selain menerima kemudahan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM5.

"Jualan 5.5 'Lazada Ada Sentuhan Raya' menjanjikan jaminan harga terendah, baucar menarik dan penghantaran percuma untuk membawakan pengalaman beli-belah premium bagi pengguna ketika mereka membuat persiapan untuk menyambut Syawal dalam situasi pandemik.

"Kempen jualan ini juga menyediakan platform kepada peniaga untuk meluaskan capaian kepada pelanggan dan menjamin kestabilan kewangan mereka, lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa yang amat mencabar ini," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, bagi menambah keseronokan, pelanggan boleh menetapkan penggera dan menghitung detik menjelang 'Crazy Flash Sale' yang menawarkan pelbagai barangan terpilih termasuk barangan elektronik, produk penjagaan kulit, kelengkapan rumah dan baju raya, dengan produk harga rendah pada bermula 99 sen.

"Selain itu, kami juga akan memberikan diskaun tambahan khas kepada pengguna Lazada Wallet untuk membantu pelanggan memanfaatkan sepenuhnya setiap ringgit bagi Aidilfitri ini termasuk potongan serta-merta 15 sen bagi setiap pesanan pada waktu biasa yang dibuat pada esok.

"Pengguna juga berpeluang menikmati potongan serta-merta 55 sen bagi setiap pesanan dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang esok selain diskaun 55 peratus dengan Baucar Ganjaran Ahli Lazada Wallet tanpa sebarang perbelanjaan minimum (terhad kepada RM5).

"Malah, pembeli juga akan menerima baucar apabila membuat pembelian menggunakan khidmat e-dompet yang turut serta iaitu Touch 'n Go dengan potongan RM5 dengan perbelanjaan minimum RM30 dan Boost untuk potongan RM9 dengan perbelanjaan minimum RM80," katanya.

Sementara itu, menurutnya Lazat Bazaar, pesta makanan dalam talian Lazada, yang diadakan sepanjang Ramadan, masih diteruskan sehingga 12 Mei ini untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati juadah berbuka puasa kegemaran yang disediakan peniaga kecil tempatan di bazar Ramadan.

"Tumpuan utama Lazada adalah memperkasa usahawan dan memberikan sokongan untuk meningkatkan jualan mereka.

"Lazada juga menggalakkan penghijrahan digital peniaga-peniaga kecil tempatan kepada pasaran dalam talian.

"Oleh yang demikian, kempen seperti ini membolehkan peniaga kami menjual produk mereka dengan tawaran menarik dan harga serendah yang mungkin agar pengguna boleh membuat persiapan menyambut hari raya yang akan menjelma dalam keadaan selesa di rumah sendiri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Mei 2021 @ 6:25 PM