Karnival STeP Lazada yang dianjurkan dari 15 Oktober hingga 31 Disember 2021 mempromosi perniagaan dan produk Perak menerusi laman khas Shop Malaysia Online di aplikasinya.
Karnival STeP Lazada yang dianjurkan dari 15 Oktober hingga 31 Disember 2021 mempromosi perniagaan dan produk Perak menerusi laman khas Shop Malaysia Online di aplikasinya.

Kuala Lumpur: Lazada bekerjasama dengan Kerajaan Perak untuk mempergiat penggunaan e-dagang dan meningkatkan hasil bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri itu.

Ia sebagai sebahagian daripada inisiatif Go Cashless and E-Commerce Perak atau GLeMMER.

Karnival STeP Lazada yang dianjurkan dari 15 Oktober hingga 31 Disember 2021 mempromosi perniagaan dan produk Perak menerusi laman khas Shop Malaysia Online di aplikasinya.

Ia akan membawakan pelbagai tawaran eksklusif, baucar platform dan baucar penghantaran percuma dengan matlamat meningkatkan kunjungan dan jualan di gedung dalam talian.

Peserta boleh memanfaatkan pakej rangsangan Pintar Niaga Lazada, dengan ganjaran RM2,000, termasuk komisen, yuran pembayaran dan penyenaraian sifar.

Selain itu, penyelesaian pemasaran percuma bernilai RM150 dan penghantaran percuma.

Penjual baharu di Perak juga layak menyertai inisiatif Start It Up, Laz It Up kelolaan Lazada dan berpeluang memenangi hadiah AS$10,000 jika mereka melancarkan gedung di pasaran Lazada dalam mod jualan aktif sebelum 30 Oktober.

Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia, Darren Rajaratnam berkata, komitmen Lazada untuk memperkasakan PMKS dan menggiatkan ekonomi Malaysia sentiasa menjadi keutamaan.

"Selain daripada mengetepikan faktor menghalang penyertaan peniaga dalam dunia e-dagang, kami sentiasa mencari cara inovatif untuk memanfaatkan teknologi bagi memastikan peniaga kami dan perniagaan mereka sedia menghadapi masa depan.

"Kami teruja dengan penyertaan usahawan dan perniagaan Perak dalam keluarga Lazada, dan langkah ini tepat pada masanya memandangkan pesta jualan mega akhir tahun seperti 11.11 dan 12.12 akan diadakan tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, untuk mempermudah proses pendaftaran, semua penjual baharu dari Perak, di Lazada, akan diberikan risalah panduan asas e-dagang daripada kumpulan sokongan khas Lazada untuk perniagaan baharu.

Peniaga juga boleh menggunakan rangkaian lengkap teknologi, kefahaman mendalam dan bahan latihan menyeluruh Lazada menerusi Lazada University.

Kempen pemasaran eksklusif seperti Kempen Penjual Baharu Mingguan akan menawarkan pengalaman dan pembelajaran masa sebenar kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan, meluaskan capaian pelanggan dan meningkatkan kemahiran bagi merangka strategi pemasaran berkesan.

Sebagai bonus tambahan, pengguna yang membeli daripada peniaga dari Perak akan menerima rebat khas dan baucar diskaun menarik dan juga promosi jualan Crazy Flash Sales dan Promosi Penghantaran Percuma Harian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Oktober 2021 @ 7:10 AM