GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Bisnes HM

Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menawarkan Program Prihatin khusus bagi membantu pelanggan pembiayaan yang terjejas akibat bencana banjir.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan mangsa banjir, pelanggan di bawah kemudahan Pembiayaan Rumah, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan Bank Islam.

Mereka yang layak boleh memohon moratorium sehingga enam bulan bagi bayaran komitmen bulanan mereka tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, Bank Islam sentiasa meneliti perkembangan terkini bencana banjir di kawasan-kawasan yang terjejas dan akan mengambil langkah proaktif membantu pelanggan yang terjejas ekoran bencana berkenaan.

"Kami sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan dalam menangani situasi semasa, khususnya dengan keadaan banjir yang buruk serta pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.

"Ini kerana kesejahteraan masyarakat dan pelanggan

Bank sentiasa menjadi keutamaan Bank Islam.

"Kami berharap program ini dapat bantu melegakan kebimbangan mereka terhadap komitmen kewangan di waktu yang sungguh mencabar ini.

"Kami terus komited untuk membantu dan menyokong negeri-negeri yang terjejas dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat

terjamin," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pelanggan boleh membuat panggilan kepada Pusat Panggilan Bank Islam di nombor 03-2690 0900 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai Program Prihatin Bank Islam.

Permohonan bagi moratorium di bawah Program Prihatin ini boleh

dibuat di cawangan Bank Islam terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 4:22 PM