ANTARA produk perikanan yang dijual Nekmat di Shopee.
ANTARA produk perikanan yang dijual Nekmat di Shopee.
BERNAMA

NILAI hasil jualan pertanian dan perikanan menerusi platform e-dagang Shopee Malaysia bagi dua kedai rasmi Agrobazaar Fama dan Nekmat mencecah RM250,000.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjalinkan usaha sama dengan Shopee itu sebagai langkah jangka panjang untuk melindungi kebajikan petani dan nelayan.

Ketua Kluster Barangan Pengguna Bergerak Pantas, Shopee Malaysia, Tan Ming Kit berkata, usaha sama yang bermula bulan lalu sehingga 15 Mei lalu merekodkan hampir 2,000 pesanan di sekitar Lembah Klang.

"Buat masa ini, penduduk Lembah Klang yang membuat pesanan di kedai-kedai ini sebelum 12 tengah hari menerima produk mereka pada hari berikutnya (kecuali hujung minggu dan cuti umum)," katanya kepada pemberita di Pejabat Fama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya di sini.

Beliau berkata, jika berlaku permintaan tinggi pada masa hadapan, pihaknya bersedia untuk berunding bagi menetapkan masa penghantaran yang lebih pantas dan efisien.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 7:00 AM