KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja. FOTO Saddam Yusoff
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja. FOTO Saddam Yusoff
Bisnes HM
bisnes@hmetro.com.my


KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan Program Bantuan Majikan Covid-19 (e-CAP) untuk memberi sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik global Covid-19.

Program ini memberi fleksibiliti kepada majikan yang layak memilih untuk membuat permohonan penangguhan dan penstrukturan semula caruman syer majikan bagi bulan caruman April, Mei dan atau Jun 2020.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, bayaran untuk caruman tertangguh bagi bulan yang dipilih boleh dijelaskan dalam tempoh maksimum tiga bulan.

"Sebagai contoh, untuk PKS yang memilih untuk memohon penangguhan caruman bulan April, bayaran penstrukturan semula akan bermula dari Julai 2020 sehingga tempoh maksimum tiga bulan berakhir pada September 2020.

"Untuk PKS yang memohon menangguhkan caruman Mei, bayaran penstrukturan semula untuk bulan itu akan bermula dari Ogos 2020 sehingga Oktober 2020, sementara untuk PKS yang memohon untuk menangguhkan caruman Jun, bayaran penstrukturan semula akan bermula dari September 2020 sehingga November 2020," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, majikan boleh memohon kemudahan eCAP melalui i-Akaun (Majikan) bermula hari ini.

"Majikan yang berminat untuk menangguh dan menstruktur semula bayaran untuk dua atau

tiga bulan juga perlu memastikan bahawa permohonan untuk bulan sebelumnya telah

diluluskan sebelum membuat permohonan baharu," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 4:00 PM