ARIA Putera
ARIA Putera
hmdigital

KUALA LUMPUR: SME Bank, peneraju institusi kewangan pembangunan (IKP) bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) meneruskan inisiatif memupuk dan membimbing usahawan muda dengan memperkenalkan aspek perniagaan digital dalam pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge edisi ketujuh tahun 2020.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, program tanggungjawab korporat SME Bank ini mula dianjurkan sejak 2012 dan sudah berjaya mencapai matlamat penganjurannya.

“Ada antara peserta atau sekolah yang masih aktif menjual produk yang dipertandingkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Sehingga kini, anggaran jumlah jualan terkumpul bagi peserta SME Bank Y-Biz Challenge yang masih memasarkan produk mereka adalah melebihi RM500,000,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, format pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge edisi ketujuh ini telah diberi pembaharuan melalui penekanan terhadap elemen digital bermula dari peringkat pendaftaran sehinggalah pemasaran produk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Disember 2019 @ 7:08 AM