Pengarah Urusan, QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil bersama Pengarah Eksekutif, HCK Capital Group Berhad, Dennis Ling bertukar dokumen perjanjian kerjasama antara QSR dan HCK Capital Group Berhad di Cyberjaya. Turut kelihatan Ketua Eksekutif Bahagian Restoran QSR,  Merrill Pereyra (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Perniagaan HCK Capital Group Berhad, Foong Peng Yew. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Oleh Suffian A Bakar

[email protected]

QSR Brands, pengendali rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut KFC akan membuka cawangan pandu lalu pertama di Cyberjaya.

Kerjasama yang dijalin dengan HCK Capital Group Bhd membolehkan HCK Capital membina bangunan khusus di Edusphere Cyberjaya dan akan memajakkan kepada QSR Brands.

Ia dijangka beroperasi pada suku pertama 2021.

Dalam pada itu, QSR Brands juga menegaskan cadangan penyenaraian semula kumpulan di Bursa Malaysia berjalan mengikut jadual dan ia dijangka disenaraikan semula pada separuh pertama tahun ini.

Bagaimanapun, Pengarah Urusannya, Datuk Sri Mohamed Azahari Mohamed Kamil enggan memperincikan perkara itu dan meminta menunggu pengumuman daripada Pengerusi syarikat.

Oktober tahun lalu, syarikat itu memfailkan draf prospektus cadangan penyenaraian semula sahamnya di Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mana menawarkan 1.465 bilion saham untuk dijual dalam tawaran awam permulaan (IPO), termasuk terbitan awam 70 juta saham baharu QSR Brands.

Dana yang bakal dijana daripada IPO itu akan digunakan terutama bagi mengembangkan perniagaan KFC dan Pizza Hut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Februari 2019 @ 6:22 PM