PRAVEEN
PRAVEEN
HM Digital

Kuala Lumpur: Digi iFleet mengumumkan pelancaran Dana Transformasi Flit bernilai RM1 juta bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendigitalkan perniagaan mereka.

Pengurusan iFleet adalah penyelesaian perniagaan ke perniagaan (B2B) yang disasarkan pada kenderaan komersial.

Penyelesaian itu membolehkan perniagaan menjejak flit mereka dalam masa sebenar dan ia adalah penyelesaian semua dalam satu paling lengkap di pasaran pada masa ini.

PKS berdaftar di Malaysia dengan saiz flit sehingga 30 kenderaan digalak memohon dana itu yang akan dibuka untuk permohonan bermula 18 Disember 2017 hingga 31 Mac 2018. Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dana terbabit dan memohon di laman web www.ifleet.my/transform.

Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata, tawaran dana tidak terhad kepada PKS dalam bidang pembinaan, kejuruteraan, penjagaan kesihatan atau kawalan serangga perosak namun, turut terbuka kepada PKS yang memerlukan pengurusan kereta, motosikal, lori dan van.

Menurutnya, pemohon berpeluang menerima hingga RM10,000 subsidi kesuluruhan untuk pemasangan iFleet ke dalam kenderaan mereka dan subsidi untuk langganan perkhidmatan iFleet, sekali gus membolehkan PKS menikmati manfaat peningkatan kebolehlihatan dan kawalan ke atas operasi dan aset mereka serta kebebasan untuk fokus menjalankan perniagaan.

“iFleet juga membantu memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan undang-undang, kredibiliti, kecekapan dan keselamatan yang seterusnya akan menyumbang kepada perkembangan perniagaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

iFleet boleh dimohon semua PKS yang berminat dengan yuran RM90 setiap kenderaan untuk penyelesaian jejakan flit semua dalam satu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2017 @ 8:11 AM