APLIKASI altHR yang dinaik taraf dan HR Starter Kit membantu PKS serta perniagaan mikro menguruskan sumber manusia.
APLIKASI altHR yang dinaik taraf dan HR Starter Kit membantu PKS serta perniagaan mikro menguruskan sumber manusia.
Sri Ayu Kartika Amri
kartika@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan aplikasi altHR yang dinaik taraf dan HR Starter Kit bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro membuat anjakan digital bagi komponen sumber manusia (HR) dalam perniagaan masing-masing.

Ketua Digi-X, Lee Kathryn berkata, pandemik yang berlanjutan menggiatkan proses digitalisasi terhadap banyak perniagaan.

Katanya, dengan mendigitalkan proses HR yang penting, perusahaan perniagaan kini dapat memantau aliran kerja dengan lebih efisien lalu menumpukan perhatian mereka ke arah peningkatan produktiviti serta pertumbuhan perniagaan masing-masing.

"HR memainkan peranan penting ketika ini dan pendigitalan prosesnya dapat membantu PKS beroperasi dengan lebih efisien ketika mereka cuba menangani cabaran lain disebabkan landskap ekonomi semasa.

"Menerusi pelbagai modul yang ditawarkan dalam altHR, perusahaan dapat memanfaatkannya untuk menggalakkan pembabitan kakitangan, selain memastikan mereka kekal terhubung dan produktif sepanjang tempoh ini," katanya pada majlis pelancaran altHR ciri baharu dan HR Starter Kit secara maya., baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Jun 2021 @ 7:32 AM