ABDUL Wahid (kiri) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad menunjukkan pengagihan pendapatan AS1Mketika taklimat media. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
ABDUL Wahid (kiri) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad menunjukkan pengagihan pendapatan AS1Mketika taklimat media. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Nabil Basaruddin


AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6 sen seunit untuk pemegang akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) membabitkan pembayaran RM724.1 juta.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pembayaran pendapatan itu akan memberi manfaat kepada lebih daripada 390,000 pemegang akaun yang kini memiliki 12 bilion unit.

Beliau berkata, AS1M mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM600.47 juta, meningkat 16 peratus berbanding RM517.28 juta pada 2016 didorong prestasi pasaran ekuiti domestik yang kukuh.

"Kami gembira dapat mengekalkan kadar dividen AS1M dan prestasi kewangan dana yang lebih kukuh membolehkan mewujudkan rizab tambahan bagi menyokong agihan pendapatan pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat bersama media mengenai prestasi PNB bagi suku ketiga 2017 dan pengumuman agihan pendapatan AS1M di Kuala Lumpur, hari ini.

Semua urus niaga bagi AS1M ditangguh dari 27 hingga 30 September 2017 dan pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka mulai 1 Oktober ini di mana-mana pejabat atau ejen ASNB serta portal myASNB.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 12:48 PM